Wednesday, 12 October 2016

SAYA

NAMA:  MUHAMMAD HIDAYAT BIN AB. AZIZ SYAMKHARI


NO. MATRIKS:   12DEE16F1023

TAJUK:   KES PEMBUANGAN BAYI DALAM KALANGAN REMAJA.  (HURAIKAN)

KURSUS:   DIPLOMA ELEKTRIK ELEKTRONIK

SESI:   JUN 2016

NAMA PENSYARAH:   PN. DARMILA BT. ALI

JABATAN:   KEJUTERAAN ELEKTRIK





PENGHARGAAN


Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Darmila, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata,saya juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan saya menyiapkan tugasan yang diberi ini.  Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

PENGENALAN

Sejak akhir-akhir ini, keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni dalam jiwa manusia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Saban hari, kita disajikan pelbagai laporan mengenai kes-kes  jenayah di negara kita.         

     Sebelum ini kita sering diperkatakan dengan kes-kes  yang berlaku di negara kita seperti pencabulan, rogol, sumbang mahram, pecah masuk, lumba haram, penderaan anak-anak, pergaulan bebas, penagihan dadah, dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat.

      Kini, kita dikejutkan pula dengan KES PEMBUANGAN BAYI semakin berleluasa sehingga melangkaui daripada norma-norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal oleh masyarakat malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran islam yang menjadi pegangan.

     Masyarakat yang sering terlibat dalam kes ini terutamanya ialah kalangan remaja masa kini. Hal ini kerana sikap-sikap remaja yang tidak mempunyai nilai-nilai murni dan kemanusian dalam diri mereka sehingga mengakibatkan kes ini berlaku di negara kita. Malah, mendatangkan kesan-kesan negatif  kepada semua pihak iaitu, individu, masyarakat,  dan juga negara. 

     Oleh itu, penularan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita ini perlu diatasi dengan segara oleh pihak berkenaan agar imej negara dan nama baik negara kita tidak terjejas. Malah, negara kita akan menjadi lebih maju dan tidak akan dipandang hina oleh negara kita.

PUNCA-PUNCA PEMBUANGAN BAYI

Marcapada ini, negara kita dihantui oleh kes pembuangan bayi yang semakin menular sehingga mengakibatkan nama negara kita menjadi tersohor berbanding dengan negara-negara yang lain. Pelbagai faktor yang menjadi permasalahan ini berlaku. Antaranya termasuklah sikap remaja yang tidak memupuk nilai-nilai murni dan kemanusiaan dalam jiwa mereka. Malah, mereka menganggap kes ini sebagai hal kebiasaan yang dilakukan pada masa kini. Sebaliknya, perlakuan inilah yang dibenci dan dimurkai oleh ALLAH. 

         Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca bagi masalah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila bergaul dengan rakan sebaya yang bersikap negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan norma masyarakat, contohnya pergi ke pusat hiburan, menagih dadah, dan melakukan pergaulan bebas.

         Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang ringan padanya. Secara tidak langsung remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah keluarga. Hal ini menyebabkan remaja perempuan itu akan membuang anak yang dilahirkannya itu ke tempat-tempat tertentu seperti di sungai, tandas awam, dan sebagainya.

KESAN-KESAN

Kesan terhadap bayi


Kesan terhadap bayi adalah menyebabkan dia akan di pandang rendah dan di hina oleh masyarakat setempat. Bayi ini setelah dewasa tidak akan dapat mengenali siapa ibu bapa kandung sebenarnya.Selain itu, bayi ini akan berasa sangat sedih dan kecewa akan sikap ibu bapa kandungnya yang membuangnya dan tidak menjaganya.

Seterusnya, bayi ini akan menghausi kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya yang telah membuangnya. Bertuah sesiapa ibu bapa yang masih dimaafkan oleh anak kandung yang mereka buang itu namun jika sebalik maka ia akan di laknat di neraka jahanam oleh Allah SWT.

           Kesan terhadap ibu yang melahirkan


Kesan terhadap ibu yang melahirkan pula adalah sekiranya ibu ini telah membuang bayinya dalam tempoh masa terdekat mahupun panjang sudah pasti dia akan merindui anaknya kembali. Misalnya, jika anaknya masih hidup dan dijaga oleh keluarga angkat dan dia ingin mengambil semula anaknya. Sebarang kemungkinan anaknya tidak mahu kembali kepadanya kerana anaknya tidak mengenali ibu kandung sebenarnya sedangkan anak itu telah dijaga rapi oleh keluarga angkatnya. Oleh itu, ibu yang membuang bayi tersebut akan berasa amat menyesali perbuatannya malahan tidak pasti lagi anaknya itu akan memaafkan ibunya. 

Kesan terhadap keluarga perempuan


Kesan terhadap keluarga perempuan adalah maruah diri dan keluarganya akan musnah akibat maksiat, penzinaan, hamil dan membuang bayi memang amat memalukan keluarga kerana ia berlaku secara terus menerus. Selain itu, keluarga perempuan juga akan di pandang hina sehingga turun temurunnya walaupun ia hanya berlaku sekali. Seperti kata orang-orang tua, walaupun banyak kebaikan yang kita lakukan malah hanya satu keburukan kita lakukan itu pula mereka perkatakan sampai bila-bila.

Kesan terhadap masyarakat


           Kesan terhadap masyarakat pula adalah kita akan digelar

masyarakat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan serta masyarakat yang kejam. Selain itu, gejala ini juga dapat menganggu sistem nilai dalam perpaduan dan kesejahterahan masyarakat kita. Kemodenan masyarakatlah yang menyebabkan perubahan sangat ketara dalam proses sosiolisasi. Nilai-nilai tradisi masyarakat tradisional seperti gotong-royong, zirah menziarahi telah menjadi luntur di kalangan masyarakat kita kerana saling berselisih dan menyelisihkan orang yang telah membuang bayi.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PEMBUANGAN BAYI

 Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan masyarakat. Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang sepi, pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi
     
      Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain. Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

     Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan..

     Selain itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka dihargai dan disayangai. Ini secara tidak langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi.


     Selain itu, persepsi masyarakat mestilah diubah dengan tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras. Masyarakat perlulah peka dengan suasana disekeliling mereka supaya mayarakat dapat bersama- sama mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini terus berlaku.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras supaya penyakit sosial ini tidak menular dengan lebih serius. Pihak atasan seperti badan-badan kerajaan dan kerajaan juga perlu lebih peka dan menganjurkan pelbagai ceramah atau motivasi kepada remaja supaya mereka mendapat pelbagai informasi berkenaan gejala ini dan sedar akan kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan usaha-usaha yang dilakukan secara bersama dan menyeluruh ini, sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini daripada terus menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini. Tiada siapa yang patut menunding jari kepada pihak yang lain, kerana setiap daripada kita adalah merupakan ahli masyarakat.

Menurut Hall (1904),usia remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan ,kesedihan dan konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja, mereka patut membantu golongan remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatan negatif. Sekiranya mengabaikan dan tidak peduli kepada perilaku dan akhlak remaja, maka dengan sendirinya akan lahirlah remaja bermasalah. Sebagai contohnya, Rasulullah SAW telah menunjukkan bahawa golongan yang menjadi fokus dan sasaran utama sejarah pembinaan akhlak dan budi pekerti adalah golongan remaja atau muda-mudi.

Kita harus sedar dan yakin bahawa cara tindakan menyelesaikan masalah mengikut pendekatan agama lebih berkesan dan berterusan memberikan ketenangan kepada golongan remaja berbanding dengan cara tindakan umum atau tidak menggunakan pendekatan agama. Pada masa yang sama, pendekatan kaunseling dan nasihat juga perlu bergerak seiring supaya nilai-nilai keagamaan sentiasa subur di sanubari anak-anak remaja.

Hakikatnya, segenap lapisan masyarakat harus bersatu-padu dan mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan masalah gejala sosial ini. Setiap individu termasuk ibu bapa perlu peka dan memainkan peranan khususnya dalam memastikan anak-anak tidak terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka. Cabaran menangani gejala sosial terutama yang melibatkan kes pembuangan bayi semestinya diberi perhatian yang lebih besar dan memandang serius masalah ini. Justeru, sesuatu perlu dilakukan sebelum ia menjadi penyakit sosial yang sukar untuk diubati, secara tidak langsung akan mencemarkan nama negara di mata dunia. Tambahan pula, akan menggaggu pembangunan negara ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerana golongan remaja dan muda-mudi yang akan menentukan arah dan merialisasikan misi tersebut kerana mereka merupakan pewaris negara pada masa akan datang.





                                          RUJUKAN

  • http://uumvkmb2031.blogspot.my/2011/09/pembuangan-bayi-dalam-kalangan-remaja.html
  • http://farihinzul1974.blogspot.my/2009/10/gejala-pembuangan-bayi-punca-dan.html