Sejak akhir-akhir ini, keruntuhan akhlak dan nilai-nilai murni dalam jiwa manusia sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Saban hari, kita disajikan pelbagai laporan mengenai kes-kes jenayah di negara kita.
Sebelum ini kita sering diperkatakan dengan kes-kes yang berlaku di negara kita seperti pencabulan, rogol, sumbang mahram, pecah masuk, lumba haram, penderaan anak-anak, pergaulan bebas, penagihan dadah, dan pelbagai lagi permasalahan masyarakat.
Kini, kita dikejutkan pula dengan KES PEMBUANGAN BAYI semakin berleluasa sehingga melangkaui daripada norma-norma kemanusiaan yang tidak dapat diterima akal oleh masyarakat malaysia yang terkenal dengan nilai-nilai ketimuran dan ajaran islam yang menjadi pegangan.
Masyarakat yang sering terlibat dalam kes ini terutamanya ialah kalangan remaja masa kini. Hal ini kerana sikap-sikap remaja yang tidak mempunyai nilai-nilai murni dan kemanusian dalam diri mereka sehingga mengakibatkan kes ini berlaku di negara kita. Malah, mendatangkan kesan-kesan negatif kepada semua pihak iaitu, individu, masyarakat, dan juga negara.
Oleh itu, penularan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita ini perlu diatasi dengan segara oleh pihak berkenaan agar imej negara dan nama baik negara kita tidak terjejas. Malah, negara kita akan menjadi lebih maju dan tidak akan dipandang hina oleh negara kita.
No comments:
Post a Comment