Marcapada ini, negara kita dihantui oleh kes pembuangan bayi yang semakin menular sehingga mengakibatkan nama negara kita menjadi tersohor berbanding dengan negara-negara yang lain. Pelbagai faktor yang menjadi permasalahan ini berlaku. Antaranya termasuklah sikap remaja yang tidak memupuk nilai-nilai murni dan kemanusiaan dalam jiwa mereka. Malah, mereka menganggap kes ini sebagai hal kebiasaan yang dilakukan pada masa kini. Sebaliknya, perlakuan inilah yang dibenci dan dimurkai oleh ALLAH.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca bagi masalah ini. Hal ini dikatakan demikian kerana pada usia muda, remaja mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini bertambah teruk apabila bergaul dengan rakan sebaya yang bersikap negatif. Rakan-rakan yang negatif ini akan mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan norma masyarakat, contohnya pergi ke pusat hiburan, menagih dadah, dan melakukan pergaulan bebas.
Di samping itu, sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah ini berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, sudah pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang ringan padanya. Secara tidak langsung remaja perempuan itu juga akan dianggap menjatuhkan maruah keluarga. Hal ini menyebabkan remaja perempuan itu akan membuang anak yang dilahirkannya itu ke tempat-tempat tertentu seperti di sungai, tandas awam, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment